PENGUMUMAN
MAKLUMAN KELAS PERJUMPAAN BERSEMUKA KEDUA 2020/2021
Sila rujuk Bahagian Perjumpaan Bersemuka
MAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI PEJABAT UPM EDUCATION & TRAINING
Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 13 hingga 26 Januari 2021 di Selangor, Pejabat UPMET akan ditutup sebarang urusan sila emelkan kepada kami:
Kemaskini : 14 Januari 2021
KAJI SELIDIK CADANGAN PENGGABUNGAN PUSAT PEMBELAJARAN PJJ UPM
Mohon kerjasama semua pelajar PJJ untuk melengkapkan kaji selidik ini bagi mencadangankan penggabungan Pusat Pembelajaran PJJ UPM diseluruh Malaysia. Maklum balas pelajar adalah perlu bagi memutuskan hasil cadangan.
Kaji Selidik Penggabungan Pusat Pembelajaran PJJ (klik disini)
Maklumbalas segera diperlukan dan pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama tuan/puan.
MAKLUMAN WAKTU OPERASI UPM EDUCATION & TRAINING
Susulan daripada sidang khas Majis Keselamatan Negara (MKN) yang bertarikh 26 Oktober 2020, pihak kerajaan telah melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya selama 14 hari lagi bermula 27 Oktober sehingga 9 November 2020. Berikutan dengan itu, waktu operasi yang boleh dihubungi melalui telefon adalah dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang (tel pejabat: 03-89593404/ whatsapp akademik: 019-4290348)
MAKLUMAT PENDAFTARAN PELAJAR BARU SEMESTER PERTAMA 2020/2021
- Maklumat Pendaftaran Pelajar Baharu
- Senarai Nama Calon Yang Berjaya (BACELOR & DIPLOMA) - FASA 1
- Senarai Nama Calon Yang Berjaya (BACELOR & DIPLOMA) - FASA 2
- Senarai Nama Calon Yang Berjaya (MASTER)
*Penerimaan Kit Pendaftaran Pelajar Baharu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
Kemaskini : 23 Oktober 2020
SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BAHARU SEMESTER PERTAMA 2020/2021
- Ucapan Aluan Pengurus Besar UPMET oleh Dr. Mohd Kamil Yusoff
- Taklimat Kewangan Pelajar Baharu PJJ UPM oleh Puan. Suhaila
- Taklimat Master Pelajar Baharu PJJ UPM oleh Puan. Syafiqah
- Taklimat Bacelor Pelajar Baharu PJJ UPM oleh Puan. Rohaiza
Kemaskini : 23 Oktober 2020
MAKLUMAN PENANGGUHAN PELAKSANAAN AKTIVITI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA BERSEMUKA SEMESTER PERTAMA SESI 2020/2021
Susulan daripada kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi bertarikh 2 Oktober 2020 berikutan peningkatan kes COVID-19, Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menangguhkan semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka untuk pelajar baharu dan sedia ada Program PJJ UPM yang akan memulakan pendaftaran dan pengajian Semester Pertama Sesi 2020/2021 pada 23 Oktober 2020.
Pendaftaran dan semua aktiviti akademik pelajar Semester Pertama Sesi 2020/2021 bagi Program PJJ UPM masih berjalan seperti biasa secara atas talian/maya. Maklumat lanjut berkaitan semua aktiviti akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Kemaskini: 6 Oktober 2020
PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM PJJ & PENILAIAN PERKHIDMATAN UPMET SEMESTER 2 2019/2020
Mohon kerjasama semua pelajar PJJ untuk melengkapkan penilaian ini dengan memberi maklumat dan cadangan supaya kami dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan. Pelajar boleh memberikan maklumbalas berkenaan cadangan penambahbaikan mengikut kesesuaian.
Penilaian pengajaran Pensyarah (klik disini)
Penilaian Perkhidmatan UPMET (klik disini)
Maklumbalas segera diperlukan dan pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama tuan/puan.

1. Sila JAWAB keperluan soalan dengan jelas dan rasional kerana maklumat ini akan digunakan oleh pihak pengurusan untuk penambahbaikan sistem maklumat pihak kami.
2. Setiap pelajar hanya diminta mengisi kaji selidik sekali sahaja bagi semester ini (Semester 2, 2019/2020).
6. Segala maklumat dan maklumbalas yang diberi adalah sulit.
