Informasi Korporat
UPM Holding Sdn. Bhd. (UPMHoldings) merupakan syarikat milik penuh Universiti Putra Malaysia yang ditubuhkan pada Mei 2004. Penubuhan UPMHoldings adalah sebagai medium dan perantara untuk mengkomersialkan produk penyelidikan UPM; dan menggunakan teknologi, keupayaan dan kepakaran bagi perkongsian pintar dalam bidang industri. UPMHoldings menubuhkan beberapa anak syarikat untuk penggunaan sepenuhnya penyelidikan dan teknologi kepakaran yang sedia ada. Salah satu anak syarikat UPMHoldings adalah UPM Education & Training Sdn. Bhd.
UPM Education & Training Sdn. Bhd. (850011 – U) ditubuhkan pada 16 Mac 2009. UPM Education & Training (dahulunya dikenali sebagai Pusat Pendidikan Luar yang merupakan salah satu PTJ di UPM) mengendalikan program akademik UPM secara Pendidikan Jarak Jauh dan program Kerjasama UPM – IPTS dan mengendalikan serta menguruskan program latihan.
Pusat Pendidikan Luar (PPL) telah ditubuhkan hasil daripada penggabungan Institut Pembelajaran dan Pendidikan Jarak Jauh (IDEAL) dan Pusat Program Luar (PPL) pada 1 Januari 2004. Penggabungan dua pusat ini merupakan hasrat pengurusan Universiti yang ingin melihat organisasi baru ini akan lebih mantap di bawah pusat tanggungjawab baru iaitu Pusat Pendidikan Luar. Ini selaras dengan matlamat ke lapan UPM menjadikan Universiti Putra Malaysia sebagai Pusat Pembagunan Profesional dan Pendidikan Lanjutan yang cemerlang. Penggabungan ini telah memberikan sinar baru kepada PPL untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik menerusi Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dan Program Kerjasama UPM - IPTS.
IDEAL ditubuhkan pada tahun 1995 dan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia. Penubuhan IDEAL adalah berdasarkan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam menawar dan mengendalikan program-program pengajian Universiti secara Jarak Jauh (program Pendidikan Jarak Jauh – PJJ). Universiti Putra Malaysia telah mengambil peluang ini dengan membuat penyusunan semula Unit Pendidikan Lanjutan (UPL) bagi menubuhkan IDEAL. IDEAL telah dimulakan dengan pengambilan pertama pelajar Program PJJ bagi Bacelor Sains Komputer dan Master Sains (Pembanguna Sumber Manusia) pada Semester Disember 1995/96. Kaedah pembelajaran PJJ adalah melalui pembelajaran secara kendiri dengan bimbingan tutor yang dilantik di Pusat Pembelajaran PPL.
Pusat Program Luar pula ditubuhkan pada Ogos 1997 atas dasar pendemokrasian dan liberalisasi pendidikan negara yang digalakkan oleh kerajaan dan menjadi pemangkin kepada pencapaian matlamat UPM untuk membawa pendidikan tinggi ke pintu rumah. Selaras dengan hasrat tersebut, UPM memulakan jalinan kerjasama dengan beberapa Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang membolehkan IPTS berkenaan menjalankan program-program pengajian UPM dengan seliaan UPM yang kini di panggil Program Kerjasama. Sejak tahun 1997, kerjasama dengan IPTS meningkat mengikut perkembangan pendidikan negara yang menekankan pertambahan akses dalam negara dan pengurangan bilangan pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian tinggi di luar negara.
Selain daripada Program Akademik, UPM Education & Training mengendalikan program latihan formal dan tidak formal yang mengikut citarasa klien. UPM Education & Training berkeupayaan untuk menawarkan kepelbagaian program yang berkaitan dengan bidang Pendidikan terutamanya Sijil Eksekutif Pendidikan. Dalam merealisasikan Dasar Pendidikan Kebangsaan, UPM Education & Training menawarkan program Sijil Eksekutif Pendidikan untuk memberi peluang kepada tenaga pengajar menjadi pendidik yang mahir dan profesional. Kursus latihan yang ditawarkan bertujuan dan berkemampuan untuk melengkapkan dan memantapkan program modal insan sesebuah organisasi.