Info Terkini Saluran Alternatif

PENGAMBILAN KIT PENDAFTARAN PELAJAR BARU SEMESTER PERTAMA 2021/2022 

Merujuk kepada pengumuman berkaitan dengan kepulangan calon ke UPM, pihak UPMET mengambil inisiatif untuk menyerahkan kit pendaftaran pelajar Program UPM (Saluran Alternatif) di pejabat kami bermula 15 November 2021 dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak MKN.


SENARAI CALON BERJAYA PROGRAM UPM (SALURAN ALTERNATIF) SEMESTER PERTAMA 2021/2022

  1. FASA 1 (TARIKH DIKEMASKINI : 06/10/2021)       
  2. FASA 2 (TARIKH DIKEMASKINI : 08/10/2021) 
  3. FASA 3 (TARIKH DIKEMASKINI : 21/10/2021)                                             

*Nota: Mohon calon semak ejaan Nama dan Program yang diterima. Sila maklumkan kepada kami melalui alamat email (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) jika terdapat sebarang pembetulan. 


Maklumat ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Harap maklum.


 

PROGRAM T20 UPM

UPM menawarkan program sepenuh masa iaitu melalui Saluran T20 tanpa melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di Kementerian Pendidikan Malaysia.

Permohonan bagi Saluran T20 dikendalikan oleh UPM Education & Training, saluran ini memberi peluang kepada calon yang tidak mendapat tempat kemasukan ke UPM melalui laluan perdana walaupun memenuhi syarat minimum program UPM.

Pemohon yang mendapat tempat melanjutkan pengajian di peringkat bacelor tetapi program yang ditawarkan bukan dalam pilihan utama namun perlu melalui syarat minimum yang telah ditetapkan oleh UPM.